Khamis, 18 September 2014

Kemerosatan Melaka

Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara telah berkembang maju dan mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah. Walaubagaimanapun, Kesultanan Melayu Melaka telah mengalami kemerosotan semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah akibat pelbagai faktor.

Faktor Kemerosatan dan Kejatuhan Melaka :

 1) Kelemahan kepimpinan
 2) Masalah perpaduan
 3) Kelemahan askar Melaka
 4) Kedatangan Portugis

 Kronologi kelemahan kepimpinan


Selepas kematian Tun Perak -> Jawatan bendahara diganti oleh Tun Mutahir -> Kelemahan pentadbiran Tun Mutahir -> Bersikap pilih kasih
 .
Selepas  kematian Tun Perak ,tempatnya telah diganti oleh Tun Mutahir .kelemahan pentadbir Mutahir ialah pilih kasih semasa menjalankan tugas .beliau bersikap pilih kasih sehingga timbul perasaan iri hati .beliau telah difitnah cuba mengatasi kekayaan Suitan Melaka iaitu Sultan mahmud syah.akibat amat murka dengan tampa usul periksa Sultan Mahmud Syah telahmenjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tun Mutahir dan ahli keluarganya.Setelah itu Sultan Mahmud Syahmelantik Raja Ahmad Syah yang lemah dan tak cekap untuk menjadi Sultan Melaka. Pengganti Bendahara Tun Mutahir iaitu Tun Pepatih merupakan orang yang uzur dan tepok. Selain itu, amalan rasuah dan fitnah-memfitnah telah berleluasa. Kadar cukai yang tinggi pula menyebabkan perdagangan beralih tempat seperti Acheh, Bantam, Patani dan Brunei untuk berniaga kerana cukainya yang lebih rendah.

Kronologi masalah perpaduan

Persaingan antara orang Melayu dan orang India Muslim untuk mendapatkan pengaruh -> Perebutan pengaruh antara Laksaman Khoja Hasan dengan Tun Mutahir -> Raja memfitnah  Tun Mutahir kerana cuba mengatasi kekayaan sultan

Pelantikan Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka telah menimbulkan semula persaingan antara orang Melayu dengan golongan India Muslim. Persaingan ini berpunca dari sikap Tun Mutahir yang mengamalkan pilih kasih dalam menjalankan tugasnya. Sikap Tun Mutahir yang mementingkan kaum India Muslim telah menimbulkan huru-hara dalam kalangan rakyat. Keadaan ini menyebabkan semangat bekerjasama tidak wujud. Perpecahan ini telah menyumbang kepada kelemahan Kerajaan Melaka dan juga kegiatan perdagangannya.

Kronologi kelemahan askar Melaka

Senjata Portugis yang lebih moden dan lengkap -> Angkatan perang Melaka tidak mempunyai struktur yang lengkap -> Askar upahan Melaka dari Jawa melarikan diri -> Askar Portugis mendapat sokongan dari pangkalan tentera Goa, India -> Askar Portugis lebih terlatih

Ketika menghadapi serangan Portugis, tentera Melaka menggunakan keris,panah,sumpit beracun,perisai tombak dan senjata tradisional yang lain. Walaupun tentera Melaka mempunyai senapang dan meriam, senjata yang digunakan oleh tentera Portugis adalah lebih baik. Angkatan perang Melaka tidak mempunyai struktur yang lengkap seperti angkatan perang Portugis. Selain itu, askar Portugis lebih terlatih berbanding askar Melaka dan mendapat sokongan dari pangkalan tentera mereka di Goa,India. Askar-askar upahan Melaka dari Jawa telah melarikan diri ketika Portugis menyerang Melaka. Ini membawa kepada penawanan Melaka oleh Portugis.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEifnUcXk_N_kPNHt8hpgnBIEyzdbZUjLvGpZbIImyzVxfbIrcpdNk0LekQhm3sNZ86T756NgxGsd_gxklAjQ9KUp_uSySzwG5SCvV51H0z894CgUV0oEfP7aMtYdOe2cXd2A1jTOnV2RO0/s400/meriam+di+jabal+al-midfa+makkah.jpg<-senjata yang digunakan oleh Portugis

<- senjata yang digunakan oleh Melaka



Kedatangan Portugis


Sebab Kedatangan :

Orang Portugis merupaka bangsa Eropah yang terawal berlayar pada kurun ke-15. Bartholomeow Diaz telah menemui jalan laut ke timur melalui Tanjung Harapan(Selat Afrika) pada tahun 1488M. Vasco da Gama sampai ke India pada 1498M dan diikuti Lopez de Sequeira tiba di Melaka.

1) Penyebaran agama Kristian
 - ingin meneruskan Perang Salib,menghapuskan kerajaan Islam di Timur,menyebarkan agama Kristian

2) Kegiatan perdagangan
-ingin menguasai dalam perdagangan utama iaitu Selat Melaka dan perdagangan rempah

3) Penemuan jalan laut

4) Mendapat galakan daripada Putera Henry berdasarkan slogan Gospel,Gold and Glory menyebabkan rakyat berani menjajah ke Timur.

Kedatangan Portugis di Timur dikaitkan dengan keinginan mereka untuk meneruskan Perang Salib. Mereka berhasrat menghancurkan Kerajaan Islam yang ada di Timur termasuk Kerajaan Melaka yang merupakan pusat perkembangan dan penyebaran agama Islam. Di samping itu juga, Portugis berhasrat membolot kekayaan yang terdapat di Timur. Mereka juga berhasrat menguasai perdangangan rempah seperti lada hitam  kayu manis,bunga cengkih dan buah palatelah dimonopoli oleh perdagangan Timur Islam. Perdagangan Islam mendapat bekalan rempah dari pelabuhan Melaka dan menjualnya dengan harga yang tinggi di Eropah ini mendatangkan keuntungan yang besar kepada perdagangan Islam. Portugis yakin sekiranya mereka berjaya menguasai Selat Melaka yang menjadi jalan utama pedagang dan memonopoli perdagangan rempah, sudah pasti mereka memperolehi keuntungan yang lumayan. Rempah ratus ini sangat diperlukan di Eropah kerana digunakan untuk mengawet makanan, dan juga menyedapkan makanan seperti daging serta memanaskan badan.

<- model kapal Portugis, Caravel.


Portugis menguasai Melaka

Lopez de Sequiera bersama angakatan lautnya tiba di Melaka pada tahun 1509M. Rombongan ini dihantar oleh Raja Portugal bertujuan menjalani hubungan dengan Kerajaan Melaka. Pada mulanya,kedatangan mereka ke Melaka telah disambut baik oleh Sultan Mahmud Shah. Mereka dibenarkan menjalankan perniagaan di Melaka dengan jaminan keselamatan daripada Sultan Melaka. Perdagangan Islam dari Jawa dan Gujerat telah mendapat maklumat bahawa kedatangan Portugis ke Melaka adalah untuk menguasai perdagangan dan untuk menentang agama Islam. Mereka telah menyampaikan perkara ini kepada Tun Mutahir. Beliau telah menasihatkan Sultan Mahmud untuk menangkap orang Portugis termasuk orang kanan Portugis iaitu Ruy de Araujo. Beliau bersama lebih kurang 20 orang Portugis telah ditangkap dan dipenjarakan oleh Tun Mutahir. Lopez de Sequiera telah berjaya melarikan diri ke Goa. Pada tahun 1510M, Alfonso de Albuqueque bersama angkatan lautnya telah diarahkan untuk menyerang Melaka. Apabila tiba di Melaka, beliau telah menuntut supaya :

a) Tawanan Portugis dibebaskan
b) Meminta ganti rugi daripada Sultan Melaka
c) Mendirikan kubu di Melaka

<- Alfonso de Albuqueque

Walaubagaimanapun, tuntutan tersebut telah ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Keadaan ini menyebabkan Alfonso bertindak untuk menyerang Melaka.

PERISTIWA KEDATANGAN PORTUGIS KE MELAKA :

25 Julai 1511
- Portugis berjaya menguasai jambatan Sungai Melaka
- Kejayaan Portugis menguasai jambatan Sungai Melaka ini adalah kerana maklumat kekuatan pertahanan Melaka telah disampaikan oleh Si Kitol kepada Portugis. Melaka melancarkan serangan balas yang diketuai oleh Sultan Ahmad Shah dan Portugis terpaksa berundur.

10 Ogos 1511M
- Dalam serangan ini, Portugis berjaya mengalahkan angkatan Melaka.

24 Ogos 1511M
- Portugis berjaya menguasai Melaka. Portugis membina kubu pertahanan A Famosa dan berjaya mengekalkan kuasa di Melaka selama 180 tahun